KENAPA
MENULIS ITU SUSAH
Perkataan “menulis”
sudah lali dalam kehidupan kita sejak bergelar pelajar lagi, begitu juga dengan
perbuatan menulis itu sendiri yang sudah menjadi perkara biasa dalam rutin
seharian kita. Namun menulis masih lagi menjadi satu masalah bukan sahaja
kepada pelajar malah kepada golongan yang sudah bekerjaya juga. Mengapa menulis itu susah?
Menulis memerlukan
proses yang panjang untuk menghasilkan satu karya pernulisan yang berkualiti.
“Creative and critical thinking” diperlukan bagi satu penulisan yang mempunyai
isi yang padat,ringkas dan tepat. Dengan itu,penulisan tersebut akan lebih
mudah difahami dan digemari oleh pembaca. Namun untuk menghasilkan penulisan
begini memerlukan usaha yang lebih. Maka ia menjadi satu cabaran dan susah
untuk menulis.
Menulis memerlukan masa yang lama untuk berfikir,
malah idea juga sukar untuk diperolehi ketika menulis. Proses menulis juga memerlukan sumber untuk
dijadikan bahan dalam hasil penulisan kita. Sumber boleh diperolehi di laman
web, perpustakaan dan juga melalui orang dipersekitaran kita. Hal inilah yang
membuatkan menulis ini menjadi lebih susah kerana memerlukan usaha yang lebih
dan perlu mengorbankan sedikit masa untuk mencari bahan ketika menulis.
Oleh yang demikian,
bagi seseorang termasuk diri saya sendiri yang malas untuk mencari, meneroka dan
mengeloh sesuatu yang baru, ia menjadi satu cabaran bagi saya ketika menulis.
Ditambah pula, dengan sikap malas membaca dan berfikir, menulis akan menjadi
lebih sukar kerana tiada pengetahuan dan idea yang boleh dikongsi dalam penulisan yang akan dihasilkan.

No comments:
Post a Comment