Wednesday, September 25, 2013

Effect of social network

The main effect is to wasting our time by being too careless socializing on the networking sites. Too busy chatting, find new friends and other services provided on social networking sites make time wasting without conscious.

Besides, forget to do the work given by lectures, do not eat and can distancing human relationship with people around us. Do not carried out the work given and if implemented, the result give the low quality of work or unsatisfactory work.


However, social network sites can make us increase the number of social partners in life while still maintain the relationship by take care of the feelings of the existing people around us and keep good relationship with them.

Even so, we should always be careful when giving information and receiving information. Do not be fooled by promises that many people use social networking sites to play with others.



QUOTE


Problems often come in turns. we always complain about the problems faced without aware that the problem was a test from God.


The test is given as a sign of love from our God especially when we are pleased with all the given problems and move forward. therefore we do not feel that we are victims of the problem but we've got a gift from the God.
Kenapa menulis itu susah???

Semua orang boleh menulis tetapi yang susah itu mengeluarkan bait-bait kata yang ingin ditulis.Pena boleh menari mencoret kata tapi untuk mendapatkan rentak yang mudah dan seronok, perlulah adanya lirik lagu yang menarik untuk dinarikan.

Lebih mudah berkata-kata dari menulis. Apabila kita berkata-kata secara automatiknya kita telah menyampaikan apa yang berlegar di dalam kepala kita. Tetapi untuk menulis kita haruslah berfikir, mengingati dan menulis. Terlalu bnyak proses untuk dilalui.

Walaupun begitu, menulis mempunyai kebaikan yang tidak semua orang akan terfikir. Kadang-kadang kita tidak bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain dan sebagai alternatif untuk meluahkannya ialah dengan melalui menulis. Ia boleh meringankan beban ibarat kita menceritakan pada orang lain. Cuma cara kita terlalu kretif sehingga kita boleh berkomunikasi secara tidak langsung dengan benda tidak hidup.


Selain itu, menulis boleh menjadi sesuatu yang tahan lama kerana ia tidak akan terpadam jika dijaga dengan baik. Ibarat gambar yang tidak akan sama sekali berubah maksudnya walau berapa lama pun putaran masanya, begitu juga dengan penulisan. 

Apa erti menjadi seorang pelajar???       

Pelajar….. satu jawatan yang tidak akan lepas dari setiap manusia. Hal ini kerana, apa sahaja yang kita lakukan akan terselit proses pembelajaran. Belajar mengenal dunia, diri, orang lain dan bermacam-macam lagi. Dunia ini terlalu luas sehinggakan kita tidak dapat berhenti untuk belajar dan memahami kewujudan kita di muka bumi ini.

         
Seseorang pelajar yang belajar hingga ke peringkat IPTA  atau IPTS dan memiliki segulung diploma, ijazah, master mahupun phd akan dipandang tinggi berdasarkan tahap pembelajaran masing-masing. Berdasarkan tahap pembelajaran juga gaji dinilai. Semakin tinggi tahap pembelajaran, semakin tinggi gaji yang ditawarkan.

         
Menjadi seorang pelajar merupakan salah satu destinasi yang harus disinggah dalam proses kehidupan manusia itu sendiri. Seperti alam kanak-kanak yang suka bermain,begitu juga dengan alam pembelajaran yang terdedah dengan pelbagai  ilmu yang diberikan oleh guru dan pensyarah. Peluang untuk belajar bersama-sama rakan seperjuangan yang gigih mencari ilmu disamping menyulam kasih sesama kami membuatkan saya lebih menghargai waktu-waktu singkat ini dengan sebaik-baiknya.

          
Apabila seseorang itu ingin mengetahui akan sesuatu dan belajar mengenainya, tanpa sedar dia sedang menjadi seorang pelajar. Dalam menempuh dugaan dan cabaran dalam kehidupan, pelbagai pertanyaan muncul, “mengapa itu terjadi?”, “apa salah aku?”, dan “bagaimana hendak selesaikan?”. Pada saat itu kita mengharapkan jawapan dan kita akan mencarinya.

Kesan laman sosial
      
        


       Hari demi hari, bulan demi bulan , tahun demi tahun teknologi kian berkembang dengan pelbagai laman sosial. Contohnya facebook, twitter, blog dan sebagainya. Sudah acapkali kita mendengar perkataan facebook ini terutama di kalangan para remaja di luar sana. Malah jaringan laman sosial ini sememangnya sudah bertakhta di mata masyarakat selari dengan peredaran zaman bukan sahaja untuk remaja tapi semua 
peringkat umur.
    Kebanyakan orang di luar sana menggunakan laman sosial untuk menghilangkan rasa bosan dan kekosongan waktu mereka. Aplikasi yang terdapat dalam laman sosial menarik perhatian mereka yang menggunakannya.
       Terdapat kesan baik dan buruk laman sosial ini. Pertama sekali, kesan buruk kepada remaja. Mereka lebih tertedah kepada penipuan terutama di kalangan remaja perempuan. Perkara sebegini terjadi disebabkan perempuan mudah termakan pujuk rayu seorang lelaki melalui mesej. Contohnya lelaki tersebut membuat temu janji  dengan mengajak remaja perempuan itu keluar bersamanya. Daripada situ terdapat banyak kes-kes penipuan yang berlaku sekarang.
        Selain itu, laman sosial boleh melalaikan seseorang itu. Terdapat banyak perniagaan melalui laman sosial dengan hanya menggunakan hujung jari segala benda yang kita perlu akan sampai ke rumah tanpa kita pergi ke pusat beli belah. Setiap hari ada sahaja fesyen-fesyen yang terbaru dan membuat seseorang menjadi lalai.
        Selain keburukan terdapat kebaikan juga dalam menggunakan laman sosial ini. Melalui laman sosial kita dapat beriteraksi dengan keluarga walaupun berjauhan. Malah apabila berlainan negara juga kita dapat berhubung dengan hanya menggunakan hujung jari. Tambahan pula, ia dapat menjimatkan kos kerana jika berlainan negara kos untuk menelefon adalah tinggi.
       Kesimpulannya, kesan terhadap penggunaan laman sosial ada baik dan buruknya. Ia terletak pada individu masing-masing bagaimana untuk menggunakannya. Sama ada ke arah kebaikan atau keburukan. Sekiranya tujuan untuk keburukan maka buruklah kesannya, jika baik maka baiklah kesannya.     




QOUTE

DUGAAN DAN UJIAN PASTI ADA GANJARAN YANG AKAN DIBERIKAN

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatan bahawa ujian yang diberikan kepada hamba-hamba Allah adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Semakin besar dan berat  dugaan yang diberikan oleh  Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang akan diperoleh. Hadith yang dipetik dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Janji Allah itu pasti dan yakinlah bahawa setiap yang berlaku ke atas diri kita ada hikmahnya. Setiap manusia ditetapkan oleh Allah dan berbeza sebesar mana dugaannya. Allah menyatakan dalam surah Al-Baqarah:

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]



Tuesday, September 24, 2013

Kenapa menulis itu susah?
        

        Kenapa menulis itu susah? Pertama sekali saya malas nak berfikir benda apa yang saya nak tulis. Saya tak suka menulis karangan yang panjang satu muka surat kerana ia ibarat membebankan fikiran. Bagi saya menulis boleh menyebabkan tekanan jiwa dan perasaan.
    Terutama sekali menulis menggunakan ayat yang formal. Kita perlu berfikir ayat yang sesuai untuk melengkapkan satu ayat. Dan lebih merumitkan lagi apabila menulis dalam satu muka surat. Menulis memerlukan idea yang bernas lagi bermakna dan mudah difahami orang lain. Sekiranya orang lain tidak dapat memahami apa yang disampaikan itu adalah sama erti dengan syok sendiri.
        Saya suka menulis  berdasarkan pengalaman sendiri dan saya boleh menulis dari A sampai Z sekiranya itu pengalaman saya. Tapi menulis berdasarkan tajuk itu kelemahan pada diri saya. Pendahuluan sahaja akan mengambil masa setengah jam untuk disiapkan. Saya terpaksa memerah otak untuk mengeluarkan idea. Setelah berjaya mendapat idea terpaksa dihuraikan untuk menjelaskan idea tersebut. Ia seperti membebankan fikiran lebih-lebih lagi apabila dalam keadaan tekanan.  

        Jikalau diberi pilihan antara menulis dan membaca saya akan memilih membaca kerana ia lebih santai dan dapat tenangkan jiwa dan fikiran. Contohnya membaca buku cerita tidak kira buku dongeng atau majalah-majalah.

Friday, September 20, 2013

Quote

One of my favourite quote is:

" i never dreamed about success, i worked for it "
~Estee Lauder~


This quote goes to the heart of definition of 'Dream'. To some one, a dream is more like a fantasy, something you engage when you have nothing better to do.

Success doesn’t just stop by and visit from time to time. It will not seek you out. The best you can hope to do is to stumble into it from time to time. If you truly want success, you will need to work at it, and work towards achieving what you define as success.
Taking action is what is required. Without action, nothing substantial will get accomplished. If all i do is think about it, talk about it, or day-dream about it, nothing is going to happen. Success will not happen. It’s that simple, and that straight forward.

Bagaimana laman social mempengaruhi hidup kita….

Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti “Facebook”, “My Space”, “Frienster”, “Twitter” dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di negara ini terutamanya golongan remaja. Laman sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini. Remaja kini telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka.


Pengunaan internet sebagai  alat komunikasi kini paling membimbangkan kerana ia menyebabkan keasyikan terhadap dunia tanpa sempadan. Paling ketara ialah pengaruh laman social seperti Facebook dan Twitter yang meninggalkan impak yang besar terhadap pengunaan ruang dan masa dalam menghadapi dunia realiti. Interaksi secara maya ini bagaikan kuasa magnet yang semakin hari semakin kuat cengkamannya.

Laman social umpama nadi bagi sesetengah orang, tidak sempurna seseorang tanpa melayari internet dan menggapai laman-laman sesawang seperti Twitter,Facebook,My Space,YM dan lain-lain. Interaksi sosial begini sudah menular hingga ke gedung-gedung ilmu seperti pusat sumber dan pusat-pusat pengajian. Kalau kita rajin berkunjung ke pusat sumber awam, didapati sebahagian besar penggunanya sibuk melayari laman sosial. Maknanya kehidupan sebahagian besar pelajar banyak dipengaruhi oleh laman-laman sosial tersebut.

Anak-anak remaja sanggup berjaga sepanjang malam kerana leka berchating dengan rakan-rakan di FB masing-masing. Keasyikan melayari laman sosial ini sudah menjadi stigma yang sukar dibendung. Penggunaan laman sosial menyebabkan golongan remaja menjadi lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. 

Namun disebalik pengaruh buruk laman sosial ini, ianya juga mampu memberi  beberapa kebaikan. Penggunaan laman sosial dapat menambah kenalan yang baru di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula. Apabila seseorang itu telah menamatkan sesuatu pengajian di sekolah menyebabkan mereka telah terputus hubungan antara satu sama lain. Laman sosial ini digunakan sebagai suatu medium utama       untuk mencari kenalan lama yang telah terputus.

Laman social juga boleh digunakan sebagai  alat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. Tidak dapat dinafikan laman sosial banyak membantu dalam penyebaran maklumat di mana ianya berlaku apabila sesuatu maklumat itu dikongsi dengan rakan-rakan yang lain. Malah, bagi mereka yang bijak, ia  dapat membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman sesawang sosial seperti Facebook dan Twitter. Mereka juga dapat menjadikan laman sesawang sosial tersebut sebagai alternatif untuk menambahkan pendapatan bulanan mereka.

Kesimpulannya, laman social ini mempunyai impak negatif dan positif terhadap pengunanya.  Maka pengunaan yang secara bijak mampu memberi kebaikan kepada pengunanya dan jika sebaliknya,ia mampu merosakan pegunanya. Oleh itu,Ibu bapa atau penjaga sepatutnya  memantau dan tidak memberi kebebasan sepenuhnya kepada anak mereka ketika melayari Internet. 

QUOTE

One of my favourite quote is :

“Develop success from failures. Discouragement and
 failure are two of the surest stepping stones to success.”
                                                -Dale Carnegie   
       
This quote taught me to never give up every time I failed. 
It makes me think that I not failed but I just found many ways that won’t work. 




BAGAIMANA LAMAN SOSIAL MEMPENGARUHI HIDUP KITA..



Zaman masa kini, laman social adalah suatu perkara yang harus ada bagi setiap individu. Seseorang yang tidak memiliki akaun di laman sosial dikatakan ketinggalan zaman dan tidak mengikuti perkembangan teknologi semasa. Antara laman social yang popular ialah Facebook, Twitter, Myspace dan sebagainya. Kini aman social ini semakin pupolar disebab ia senang untuk di akses dengan hanya menggunakan telefon pintar. Di sebalik keghairahan kita menggunakan laman social tersebut, kita hendaklah peka dan tahu akan baik dan buruk laman social tersebut terhadap diri kita sendiri.

Jika kita menggunakan medium ini dengan baik, ia dapat memeberi kebaikan kepada kita seperti dapat di jadikan sebagai alat perhubungan. Sebagai contoh, saya sebagai seorang pelajar menggunakan laman sosial untuk mengetahui perkembangan kawan kawan saya semasa disekolah dahulu memandangkan kami masing masin membawa haluan sendiri untuk berlajar ke menara gading. Oleh itu, secata tidak langsung ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara saya dan rakan rakan.

Tidak dapat di nafikan laman sosial juga banyak membantu dalam penyebaran maklumat di mana ia berlaku apabila sesuatu maklumat dikongsi bersama rakan yang lain. Sebagai contoh, rakan rakan sekelas sering mengongsikan maklumat mengenai jadual kelas , ataupun aktiviti yang diadakan untuk kelas yang seterusnya. 

Laman sosial juga dapat mempengaruhi kita dari segi memberi kesan yang buruk kepada diri kita. Antaranya ialah berlaku pembaziran masa. Ramai yang ketagih dengan  aplikasi “Games” seperti  Farmville, Mafia war dan sebagainya. Ia nya memang secara terang berlaku pembaziran masa. Masa diluang dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Perkara seperti ini member kesan yang buruk kepada kita. Masa masa seperti itu boleh kita luangkan dengan mengulankaji pelajaran, atau melakukan perkara yang lebih berfaedah seperti beriadah bersama rakan. Ia juga mengakibatkan kita hanya terperap di dalam bilik dan tidak mahu melakukan aktiviti luar.
Oleh yang demikian, penggunaan laman sosial mestilah dikawal dan digunakan dengan cara yang betul agar ia dapat member i kesan yang baik serta mandatangkan perkara yang berfaedah kepada diri kita. Jangan biarkan laman sosial mempengaruhi hidup kita sehinggakan kita lupa akan tanggungjawab yang lain. Gunalah ia secara berkhemah dan membawa kita kea rah kebaikan.

KENAPA MENULIS ITU SUSAH..?




Pada pendapat saya menulis itu adalah susah kerana saya seorang yang malas untuk menulis. Saya malas untuk menulis kerana saya sering ketandusan idea untuk memulakan sesuatu penulisan. Dari zaman sekolah lagi saya kurang menyerlah dari segi penulisan terutamanya dalam mata pelajaran bahasa Melayu penulisan mahupun sastera.

Menulis itu susah kerana melalui cara penulisan kita lah yang akan memberi kesan kepada pembaca sama ada beliau memahami atau tidak inti pati ataupun mesej yang ingin disampaikan. Saya juga bukan lah seorang yang pandai untuk menyampaikan sesuatu melalui penulisan.


Untuk menulis kita semestinya memerlukan sebuah inspirasi sebelum memulakan sesuatu penulisan. Ini adalah salah satu factor yang saya mengatakan bahawa menulis itu susah.  Bukan mudah bagi saya untuk mendapatkan sumber inspirasi untuk menulis. Kadang kala saya berasa kagum dengan sesetengah orang yang apabila duduk berhadapan computer dan terus mandapat inspirai untuk menulis dan terus menulis tanpa henti. Sedangkan saya, perlukan masa yang lama untuk memulakan penulisan.

Sehingga hari ini saya merasakan menulis itu susah kerana saya sendiri kurang meminati untuk menulis.

Thursday, September 19, 2013

KENAPA MENULIS ITU SUSAH
Perkataan “menulis” sudah lali dalam kehidupan kita sejak bergelar pelajar lagi, begitu juga dengan perbuatan menulis itu sendiri yang sudah menjadi perkara biasa dalam rutin seharian kita. Namun menulis masih lagi menjadi satu masalah bukan sahaja kepada pelajar malah kepada golongan yang sudah  bekerjaya juga. Mengapa menulis itu susah?

Menulis memerlukan proses yang panjang untuk menghasilkan satu karya pernulisan yang berkualiti. “Creative and critical thinking” diperlukan bagi satu penulisan yang mempunyai isi yang padat,ringkas dan tepat. Dengan itu,penulisan tersebut akan lebih mudah difahami dan digemari oleh pembaca. Namun untuk menghasilkan penulisan begini memerlukan usaha yang lebih. Maka ia menjadi satu cabaran dan susah untuk menulis.
Menulis  memerlukan masa yang lama untuk berfikir, malah idea juga sukar untuk diperolehi ketika menulis.  Proses menulis juga memerlukan sumber untuk dijadikan bahan dalam hasil penulisan kita. Sumber boleh diperolehi di laman web, perpustakaan dan juga melalui orang dipersekitaran kita. Hal inilah yang membuatkan menulis ini menjadi lebih susah kerana memerlukan usaha yang lebih dan perlu mengorbankan sedikit masa untuk mencari bahan ketika menulis.

Oleh yang demikian, bagi seseorang termasuk diri saya sendiri yang malas untuk  mencari, meneroka dan mengeloh sesuatu yang baru, ia menjadi satu cabaran bagi saya ketika menulis. Ditambah pula, dengan sikap malas membaca dan berfikir, menulis akan menjadi lebih sukar kerana tiada pengetahuan dan idea  yang boleh dikongsi dalam penulisan yang akan  dihasilkan.