Kenapa menulis itu susah?
Kenapa menulis itu susah? Pertama
sekali saya malas nak berfikir benda apa yang saya nak tulis. Saya tak suka
menulis karangan yang panjang satu muka surat kerana ia ibarat membebankan
fikiran. Bagi saya menulis boleh menyebabkan tekanan jiwa dan perasaan.
Terutama sekali menulis menggunakan
ayat yang formal. Kita perlu berfikir ayat yang sesuai untuk melengkapkan satu
ayat. Dan lebih merumitkan lagi apabila menulis dalam satu muka surat. Menulis
memerlukan idea yang bernas lagi bermakna dan mudah difahami orang lain.
Sekiranya orang lain tidak dapat memahami apa yang disampaikan itu adalah sama
erti dengan syok sendiri.
Saya suka menulis berdasarkan pengalaman sendiri dan saya boleh
menulis dari A sampai Z sekiranya itu pengalaman saya. Tapi menulis berdasarkan
tajuk itu kelemahan pada diri saya. Pendahuluan sahaja akan mengambil masa
setengah jam untuk disiapkan. Saya terpaksa memerah otak untuk mengeluarkan
idea. Setelah berjaya mendapat idea terpaksa dihuraikan untuk menjelaskan idea
tersebut. Ia seperti membebankan fikiran lebih-lebih lagi apabila dalam keadaan
tekanan.
Jikalau diberi pilihan antara menulis
dan membaca saya akan memilih membaca kerana ia lebih santai dan dapat
tenangkan jiwa dan fikiran. Contohnya membaca buku cerita tidak kira buku
dongeng atau majalah-majalah.

No comments:
Post a Comment