Wednesday, September 25, 2013

Kenapa menulis itu susah???

Semua orang boleh menulis tetapi yang susah itu mengeluarkan bait-bait kata yang ingin ditulis.Pena boleh menari mencoret kata tapi untuk mendapatkan rentak yang mudah dan seronok, perlulah adanya lirik lagu yang menarik untuk dinarikan.

Lebih mudah berkata-kata dari menulis. Apabila kita berkata-kata secara automatiknya kita telah menyampaikan apa yang berlegar di dalam kepala kita. Tetapi untuk menulis kita haruslah berfikir, mengingati dan menulis. Terlalu bnyak proses untuk dilalui.

Walaupun begitu, menulis mempunyai kebaikan yang tidak semua orang akan terfikir. Kadang-kadang kita tidak bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain dan sebagai alternatif untuk meluahkannya ialah dengan melalui menulis. Ia boleh meringankan beban ibarat kita menceritakan pada orang lain. Cuma cara kita terlalu kretif sehingga kita boleh berkomunikasi secara tidak langsung dengan benda tidak hidup.


Selain itu, menulis boleh menjadi sesuatu yang tahan lama kerana ia tidak akan terpadam jika dijaga dengan baik. Ibarat gambar yang tidak akan sama sekali berubah maksudnya walau berapa lama pun putaran masanya, begitu juga dengan penulisan. 

No comments:

Post a Comment