![]() |
Pada
pendapat saya menulis itu adalah susah kerana saya seorang yang malas untuk
menulis. Saya malas untuk menulis kerana saya sering ketandusan idea untuk
memulakan sesuatu penulisan. Dari zaman sekolah lagi saya kurang menyerlah dari
segi penulisan terutamanya dalam mata pelajaran bahasa Melayu penulisan mahupun
sastera.
Menulis
itu susah kerana melalui cara penulisan kita lah yang akan memberi kesan kepada
pembaca sama ada beliau memahami atau tidak inti pati ataupun mesej yang ingin
disampaikan. Saya juga bukan lah seorang yang pandai untuk menyampaikan sesuatu
melalui penulisan.
Untuk menulis
kita semestinya memerlukan sebuah inspirasi sebelum memulakan sesuatu penulisan.
Ini adalah salah satu factor yang saya mengatakan bahawa menulis itu susah. Bukan mudah bagi saya untuk mendapatkan sumber
inspirasi untuk menulis. Kadang kala saya berasa kagum dengan sesetengah orang
yang apabila duduk berhadapan computer dan terus mandapat inspirai untuk
menulis dan terus menulis tanpa henti. Sedangkan saya, perlukan masa yang lama
untuk memulakan penulisan.
Sehingga hari
ini saya merasakan menulis itu susah kerana saya sendiri kurang meminati untuk
menulis.

No comments:
Post a Comment