Wednesday, September 25, 2013

Effect of social network

The main effect is to wasting our time by being too careless socializing on the networking sites. Too busy chatting, find new friends and other services provided on social networking sites make time wasting without conscious.

Besides, forget to do the work given by lectures, do not eat and can distancing human relationship with people around us. Do not carried out the work given and if implemented, the result give the low quality of work or unsatisfactory work.


However, social network sites can make us increase the number of social partners in life while still maintain the relationship by take care of the feelings of the existing people around us and keep good relationship with them.

Even so, we should always be careful when giving information and receiving information. Do not be fooled by promises that many people use social networking sites to play with others.



QUOTE


Problems often come in turns. we always complain about the problems faced without aware that the problem was a test from God.


The test is given as a sign of love from our God especially when we are pleased with all the given problems and move forward. therefore we do not feel that we are victims of the problem but we've got a gift from the God.
Kenapa menulis itu susah???

Semua orang boleh menulis tetapi yang susah itu mengeluarkan bait-bait kata yang ingin ditulis.Pena boleh menari mencoret kata tapi untuk mendapatkan rentak yang mudah dan seronok, perlulah adanya lirik lagu yang menarik untuk dinarikan.

Lebih mudah berkata-kata dari menulis. Apabila kita berkata-kata secara automatiknya kita telah menyampaikan apa yang berlegar di dalam kepala kita. Tetapi untuk menulis kita haruslah berfikir, mengingati dan menulis. Terlalu bnyak proses untuk dilalui.

Walaupun begitu, menulis mempunyai kebaikan yang tidak semua orang akan terfikir. Kadang-kadang kita tidak bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain dan sebagai alternatif untuk meluahkannya ialah dengan melalui menulis. Ia boleh meringankan beban ibarat kita menceritakan pada orang lain. Cuma cara kita terlalu kretif sehingga kita boleh berkomunikasi secara tidak langsung dengan benda tidak hidup.


Selain itu, menulis boleh menjadi sesuatu yang tahan lama kerana ia tidak akan terpadam jika dijaga dengan baik. Ibarat gambar yang tidak akan sama sekali berubah maksudnya walau berapa lama pun putaran masanya, begitu juga dengan penulisan. 

Apa erti menjadi seorang pelajar???       

Pelajar….. satu jawatan yang tidak akan lepas dari setiap manusia. Hal ini kerana, apa sahaja yang kita lakukan akan terselit proses pembelajaran. Belajar mengenal dunia, diri, orang lain dan bermacam-macam lagi. Dunia ini terlalu luas sehinggakan kita tidak dapat berhenti untuk belajar dan memahami kewujudan kita di muka bumi ini.

         
Seseorang pelajar yang belajar hingga ke peringkat IPTA  atau IPTS dan memiliki segulung diploma, ijazah, master mahupun phd akan dipandang tinggi berdasarkan tahap pembelajaran masing-masing. Berdasarkan tahap pembelajaran juga gaji dinilai. Semakin tinggi tahap pembelajaran, semakin tinggi gaji yang ditawarkan.

         
Menjadi seorang pelajar merupakan salah satu destinasi yang harus disinggah dalam proses kehidupan manusia itu sendiri. Seperti alam kanak-kanak yang suka bermain,begitu juga dengan alam pembelajaran yang terdedah dengan pelbagai  ilmu yang diberikan oleh guru dan pensyarah. Peluang untuk belajar bersama-sama rakan seperjuangan yang gigih mencari ilmu disamping menyulam kasih sesama kami membuatkan saya lebih menghargai waktu-waktu singkat ini dengan sebaik-baiknya.

          
Apabila seseorang itu ingin mengetahui akan sesuatu dan belajar mengenainya, tanpa sedar dia sedang menjadi seorang pelajar. Dalam menempuh dugaan dan cabaran dalam kehidupan, pelbagai pertanyaan muncul, “mengapa itu terjadi?”, “apa salah aku?”, dan “bagaimana hendak selesaikan?”. Pada saat itu kita mengharapkan jawapan dan kita akan mencarinya.

Kesan laman sosial
      
        


       Hari demi hari, bulan demi bulan , tahun demi tahun teknologi kian berkembang dengan pelbagai laman sosial. Contohnya facebook, twitter, blog dan sebagainya. Sudah acapkali kita mendengar perkataan facebook ini terutama di kalangan para remaja di luar sana. Malah jaringan laman sosial ini sememangnya sudah bertakhta di mata masyarakat selari dengan peredaran zaman bukan sahaja untuk remaja tapi semua 
peringkat umur.
    Kebanyakan orang di luar sana menggunakan laman sosial untuk menghilangkan rasa bosan dan kekosongan waktu mereka. Aplikasi yang terdapat dalam laman sosial menarik perhatian mereka yang menggunakannya.
       Terdapat kesan baik dan buruk laman sosial ini. Pertama sekali, kesan buruk kepada remaja. Mereka lebih tertedah kepada penipuan terutama di kalangan remaja perempuan. Perkara sebegini terjadi disebabkan perempuan mudah termakan pujuk rayu seorang lelaki melalui mesej. Contohnya lelaki tersebut membuat temu janji  dengan mengajak remaja perempuan itu keluar bersamanya. Daripada situ terdapat banyak kes-kes penipuan yang berlaku sekarang.
        Selain itu, laman sosial boleh melalaikan seseorang itu. Terdapat banyak perniagaan melalui laman sosial dengan hanya menggunakan hujung jari segala benda yang kita perlu akan sampai ke rumah tanpa kita pergi ke pusat beli belah. Setiap hari ada sahaja fesyen-fesyen yang terbaru dan membuat seseorang menjadi lalai.
        Selain keburukan terdapat kebaikan juga dalam menggunakan laman sosial ini. Melalui laman sosial kita dapat beriteraksi dengan keluarga walaupun berjauhan. Malah apabila berlainan negara juga kita dapat berhubung dengan hanya menggunakan hujung jari. Tambahan pula, ia dapat menjimatkan kos kerana jika berlainan negara kos untuk menelefon adalah tinggi.
       Kesimpulannya, kesan terhadap penggunaan laman sosial ada baik dan buruknya. Ia terletak pada individu masing-masing bagaimana untuk menggunakannya. Sama ada ke arah kebaikan atau keburukan. Sekiranya tujuan untuk keburukan maka buruklah kesannya, jika baik maka baiklah kesannya.     




QOUTE

DUGAAN DAN UJIAN PASTI ADA GANJARAN YANG AKAN DIBERIKAN

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatan bahawa ujian yang diberikan kepada hamba-hamba Allah adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Semakin besar dan berat  dugaan yang diberikan oleh  Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang akan diperoleh. Hadith yang dipetik dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Janji Allah itu pasti dan yakinlah bahawa setiap yang berlaku ke atas diri kita ada hikmahnya. Setiap manusia ditetapkan oleh Allah dan berbeza sebesar mana dugaannya. Allah menyatakan dalam surah Al-Baqarah:

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]



Tuesday, September 24, 2013

Kenapa menulis itu susah?
        

        Kenapa menulis itu susah? Pertama sekali saya malas nak berfikir benda apa yang saya nak tulis. Saya tak suka menulis karangan yang panjang satu muka surat kerana ia ibarat membebankan fikiran. Bagi saya menulis boleh menyebabkan tekanan jiwa dan perasaan.
    Terutama sekali menulis menggunakan ayat yang formal. Kita perlu berfikir ayat yang sesuai untuk melengkapkan satu ayat. Dan lebih merumitkan lagi apabila menulis dalam satu muka surat. Menulis memerlukan idea yang bernas lagi bermakna dan mudah difahami orang lain. Sekiranya orang lain tidak dapat memahami apa yang disampaikan itu adalah sama erti dengan syok sendiri.
        Saya suka menulis  berdasarkan pengalaman sendiri dan saya boleh menulis dari A sampai Z sekiranya itu pengalaman saya. Tapi menulis berdasarkan tajuk itu kelemahan pada diri saya. Pendahuluan sahaja akan mengambil masa setengah jam untuk disiapkan. Saya terpaksa memerah otak untuk mengeluarkan idea. Setelah berjaya mendapat idea terpaksa dihuraikan untuk menjelaskan idea tersebut. Ia seperti membebankan fikiran lebih-lebih lagi apabila dalam keadaan tekanan.  

        Jikalau diberi pilihan antara menulis dan membaca saya akan memilih membaca kerana ia lebih santai dan dapat tenangkan jiwa dan fikiran. Contohnya membaca buku cerita tidak kira buku dongeng atau majalah-majalah.