Apa erti menjadi seorang pelajar???
Pelajar….. satu jawatan yang tidak akan lepas dari setiap
manusia. Hal ini kerana, apa sahaja yang kita lakukan akan terselit proses
pembelajaran. Belajar mengenal dunia, diri, orang lain dan bermacam-macam lagi.
Dunia ini terlalu luas sehinggakan kita tidak dapat berhenti untuk belajar dan
memahami kewujudan kita di muka bumi ini.
Seseorang
pelajar yang belajar hingga ke peringkat IPTA
atau IPTS dan memiliki segulung diploma, ijazah, master mahupun phd akan
dipandang tinggi berdasarkan tahap pembelajaran masing-masing. Berdasarkan
tahap pembelajaran juga gaji dinilai. Semakin tinggi tahap pembelajaran,
semakin tinggi gaji yang ditawarkan.
Menjadi
seorang pelajar merupakan salah satu destinasi yang harus disinggah dalam
proses kehidupan manusia itu sendiri. Seperti alam kanak-kanak yang suka
bermain,begitu juga dengan alam pembelajaran yang terdedah dengan pelbagai ilmu yang diberikan oleh guru dan pensyarah.
Peluang untuk belajar bersama-sama rakan seperjuangan yang gigih mencari ilmu
disamping menyulam kasih sesama kami membuatkan saya lebih menghargai
waktu-waktu singkat ini dengan sebaik-baiknya.
Apabila
seseorang itu ingin mengetahui akan sesuatu dan belajar mengenainya, tanpa
sedar dia sedang menjadi seorang pelajar. Dalam menempuh dugaan dan cabaran
dalam kehidupan, pelbagai pertanyaan muncul, “mengapa itu terjadi?”, “apa salah
aku?”, dan “bagaimana hendak selesaikan?”. Pada saat itu kita mengharapkan
jawapan dan kita akan mencarinya.
.jpg)
No comments:
Post a Comment