Assalamualaikum….
Pejam celik,pejam celik, sudah hampir 16 tahun saya bergelar pelajar sehingga kini.
Menjadi pelajar adalah salah satu jalan yang mesti dilalui oleh setiap individu untuk menghadapi kehidupan pada masa kelak.
Seperti arus air yang mengalir, dari satu destinasi
ke satu destinasi akan kita tuju ketika bergelar pelajar.
Ianya bermula dari tabika sehinggalah melangkah ke menara gading.
Jika diimbau saat bergelar pelajar iaitu ketika di pra-sekolah,seakan ia satu
perjalanan yang menyeronokan sebagai seorang pelajar kerana cara
pembelajaran
yang berdasarkan permainan. Kemudian melangkah lagi ke satu tahap,iaitu sebagai
pelajar sekolah rendah,ketika ini dirasakan menjadi pelajar adalah satu
paksaan. Tiba di sekolah
menengah,gelaran pelajar hanya dianggap sebagai satu bebanan. Kini saya mula
melangkah ke satu lagi tahap iaitu menjadi pelajar di universiti. Di tahap ini
pemikiran saya makin matang dan saya mengertikan menjadi pelajar sebagai satu
pelaburan.
Kehidupan adalah sesuatu yang perlu kita
bina,bukannya sesuatu yang perlu kita akur sahaja hala tujunya tanpa sebarang
tindakan . Kebanyakkan dari kita termasuk diri saya sendiri seperti mengatur
jalan hidup kita mengikut aturan orang lain,tanpa mengerti apa sebenarnya
tujuan kita melakukannya. Orang belajar,kita belajar,orang ke sekolah,kita ke
sekolah,orang melanjutkan pelajaran ke universiti,kita pun ikut tapi
apa ertinya menjadi seorang
pelajar pun kita masih lagi teragak-agak untuk menjawab.
Kini saya berani untuk mengatakan menjadi pelajar
seperti kita melaburkan sesuatu untuk memberi pulangan yang besar kepada
keluarga,agama,bangsa dan negara. Hal ini kerana ketika bergelar pelajar banyak
yang mampu kita pelajari untuk dibekalkan pada masa kelak. Pengalaman,kemahiran,pengetahuan ,semuanya
mampu dikutip ketika bergelar pelajar. Ketika bergelar pelajar juga kita mampu
mengetahui kelemahan diri kita,seterusnya memperbaiki kelemahan tersebut untuk melangkah lebih jauh. Ini semua akan kita
lalui ketika bergelar pelajar untuk dijadikan modal bagi pelaburan kita kelak.
Semoga pelaburan kita mampu membawa pulangan yang besar. Tiada yang mudah
didunia ini sekiranya ingin berjaya.
No comments:
Post a Comment