DUGAAN DAN
UJIAN PASTI ADA GANJARAN YANG AKAN DIBERIKAN
Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatan bahawa ujian yang diberikan kepada
hamba-hamba Allah adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Semakin besar dan
berat dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga
pahala yang akan diperoleh. Hadith yang dipetik dari Anas bin Malik, yang
menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;
إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط
Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]
Janji Allah itu pasti dan yakinlah bahawa setiap yang berlaku ke atas diri kita ada hikmahnya. Setiap manusia ditetapkan oleh Allah dan berbeza sebesar mana dugaannya. Allah menyatakan dalam surah Al-Baqarah:
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]
![]() |

No comments:
Post a Comment