Wednesday, July 24, 2013

APA ERTINYA  MENJADI SEORANG PELAJAR......

Assalamualaikum….

Pejam celik,pejam celik, sudah hampir 16 tahun saya bergelar pelajar sehingga kini.
Menjadi pelajar adalah salah satu jalan yang mesti dilalui oleh setiap individu untuk menghadapi kehidupan pada masa kelak.
Seperti arus air yang mengalir, dari satu destinasi ke satu destinasi akan kita tuju ketika bergelar pelajar. 
Ianya bermula dari  tabika sehinggalah melangkah ke menara gading.
Jika diimbau saat bergelar pelajar iaitu ketika di pra-sekolah,seakan ia satu perjalanan yang menyeronokan sebagai seorang pelajar kerana cara 
pembelajaran yang berdasarkan permainan. Kemudian melangkah lagi ke satu tahap,iaitu sebagai pelajar sekolah rendah,ketika ini dirasakan menjadi pelajar adalah satu paksaan. Tiba  di sekolah menengah,gelaran pelajar hanya dianggap sebagai satu bebanan. Kini saya mula melangkah ke satu lagi tahap iaitu menjadi pelajar di universiti. Di tahap ini pemikiran saya makin matang dan saya mengertikan menjadi pelajar sebagai satu pelaburan.


Kehidupan adalah sesuatu yang perlu kita bina,bukannya sesuatu yang perlu kita akur sahaja hala tujunya tanpa sebarang tindakan . Kebanyakkan dari kita termasuk diri saya sendiri seperti mengatur jalan hidup kita mengikut aturan orang lain,tanpa mengerti apa sebenarnya tujuan kita melakukannya. Orang belajar,kita belajar,orang ke sekolah,kita ke sekolah,orang melanjutkan pelajaran ke universiti,kita  pun ikut tapi  apa ertinya menjadi  seorang pelajar pun kita masih lagi teragak-agak untuk menjawab.


Kini saya berani untuk mengatakan menjadi pelajar seperti kita melaburkan sesuatu untuk memberi pulangan yang besar kepada keluarga,agama,bangsa dan negara. Hal ini kerana ketika bergelar pelajar banyak yang mampu kita pelajari untuk dibekalkan pada masa kelak.  Pengalaman,kemahiran,pengetahuan ,semuanya mampu dikutip ketika bergelar pelajar. Ketika bergelar pelajar juga kita mampu mengetahui kelemahan diri kita,seterusnya memperbaiki kelemahan tersebut  untuk melangkah lebih jauh. Ini semua akan kita lalui ketika bergelar pelajar untuk dijadikan modal bagi pelaburan kita kelak. Semoga pelaburan kita mampu membawa pulangan yang besar. Tiada yang mudah didunia ini sekiranya ingin berjaya.


Sunday, July 21, 2013


 

Assalamualaikum ..

Erti menjadi seorang pelajar. Adakah perkataan itu pernah bermain di minda kita yang bergelar pelajar? Sejujurnya erti dan tujuan saya belajar adalah untuk mejadi seorang yang berjaya, mempunyai masa depan yang cerah, kerjaya yang bagus dan yang paling penting untuk membantu keluarga.

Pertama sekali,perkataan pelajar itu sendiri tidak semestinya merujuk kepada pelajar yang sedang belajar di IPTA,IPTS,sekolah menengah,sekolah rendah dan tadika. Bila kita belajar sesuatu daripada seseorang itu telah membawa erti kita adalah seorang pelajar. Perkara utama apabila kita menjadi pelajar adalah ilmu yang kita pelajari. Ilmu yang diperoleh tidak perlu disimpan atau dipendam untuk diri sendiri. Tidak salah berkongsi ilmu dengan kawan-kawan dan masyarakat sekeliling. Seorang pelajar perlu menyumbangkan sesuatu walaupun sedikit tapi bermakna kepada orang lain. Terutama saya sebagai mahasiswa di IPTA. Contohnya, kita sebagai pelajar mengikuti program ke perkampungan orang asli. Mereka kekurangan ilmu,miskin dan hanya segelintir yang dapat menjejakkan kaki ke peringkat yang lebih tinggi. Kita sebagai mahasiswa dan mempunyai ilmu yang lebih tinggi perlu membuka minda mereka untuk menjadi seorang pelajar dan berjaya kelak.

Kesimpulannya, sebagai seorang pelajar janganlah jemu untuk menimba ilmu kerana ilmu tersebut bukan hanya untuk diri kita sendiri tapi boleh disumbangkan dan dikongsi kepada orang lain juga.


Friday, July 12, 2013

Apa Ertinya Menjadi Seorang Pelajar?

Assalamualaikum..

Sebagai seorang pelajar, kita seringkali di belenggu dengan suatu perasaan iaitu "stress". Ungkapan itu tidak dapat di pisahkan dari kehidupan seorang pelajar. Kadang kala saya juga mengalami masalah yang sama. Tertekan dengan kerja-kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah. Tetapi ini lah yang di panggil kehidupan sebagai seorang pelajar. sudah tentunya kita perlu bersiap sedia dari segi mental terutamanya agar dapat menjalani sebagai kehidupan sebagai pelajar dengan sempurna.

Menjadi seorang pelajar bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan. Saya juga sebagai seorang pelajar yang sekarang ini sudah pun berada di semester lima mengakui banyak perkara susah dan senang telah saya lalui. Bila di kenang kembali, saya tidak pernah menyangka hanya beberapa bulan saja lagi saya dapat menamatkan diploma.

Disini saya ingin menyatakan saya bukanlah pelajarnya pandai. Tetapi saya berazam untuk menjadi seorang pelajar yang baik walaupun bukan dimata orang lain, cukup lah sekadar saya tahu yang saya akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Kerap kali orang mengatakan "Saya tidak mampu melakukannya". tetapi di luar sana pasti ada insan yang sentiasa berusaha gigih untuk belajar dan sentisa bersedia menyahut cabaran agar dapat mengubah masa depan mereka. saya percaya kata-kata itu hanyalah berpandukan minda semata-mata.

Oleh itu, saya percaya sebagai seorang pelajar kita perlu menanamkan sikap menerima sesuatu cabaran dengan terbuka dan tidak melepaskan peluang yang kita ada ini untuk belajar bersunguh-sungguh serta sentiasa melakukan yang terbaik dalam menghadapi cabaran baru dengan penuh komitmen.

Seperti kata pepatah, « anda akan memiliki apa sahaja yang anda hajatkan jika akan lepaskan kepercayaan diri kononnya anda tidak berhak dengannya. » – Dr. Robert Anthony


Pesanan kepada diri saya sendiri, kejayaan itu tidak mustahil untuk digapai. Semua orang boleh berjaya dengan berusaha, berdoa dan tawakal kepada Allah S.W.T.