Friday, September 20, 2013

BAGAIMANA LAMAN SOSIAL MEMPENGARUHI HIDUP KITA..



Zaman masa kini, laman social adalah suatu perkara yang harus ada bagi setiap individu. Seseorang yang tidak memiliki akaun di laman sosial dikatakan ketinggalan zaman dan tidak mengikuti perkembangan teknologi semasa. Antara laman social yang popular ialah Facebook, Twitter, Myspace dan sebagainya. Kini aman social ini semakin pupolar disebab ia senang untuk di akses dengan hanya menggunakan telefon pintar. Di sebalik keghairahan kita menggunakan laman social tersebut, kita hendaklah peka dan tahu akan baik dan buruk laman social tersebut terhadap diri kita sendiri.

Jika kita menggunakan medium ini dengan baik, ia dapat memeberi kebaikan kepada kita seperti dapat di jadikan sebagai alat perhubungan. Sebagai contoh, saya sebagai seorang pelajar menggunakan laman sosial untuk mengetahui perkembangan kawan kawan saya semasa disekolah dahulu memandangkan kami masing masin membawa haluan sendiri untuk berlajar ke menara gading. Oleh itu, secata tidak langsung ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara saya dan rakan rakan.

Tidak dapat di nafikan laman sosial juga banyak membantu dalam penyebaran maklumat di mana ia berlaku apabila sesuatu maklumat dikongsi bersama rakan yang lain. Sebagai contoh, rakan rakan sekelas sering mengongsikan maklumat mengenai jadual kelas , ataupun aktiviti yang diadakan untuk kelas yang seterusnya. 

Laman sosial juga dapat mempengaruhi kita dari segi memberi kesan yang buruk kepada diri kita. Antaranya ialah berlaku pembaziran masa. Ramai yang ketagih dengan  aplikasi “Games” seperti  Farmville, Mafia war dan sebagainya. Ia nya memang secara terang berlaku pembaziran masa. Masa diluang dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Perkara seperti ini member kesan yang buruk kepada kita. Masa masa seperti itu boleh kita luangkan dengan mengulankaji pelajaran, atau melakukan perkara yang lebih berfaedah seperti beriadah bersama rakan. Ia juga mengakibatkan kita hanya terperap di dalam bilik dan tidak mahu melakukan aktiviti luar.
Oleh yang demikian, penggunaan laman sosial mestilah dikawal dan digunakan dengan cara yang betul agar ia dapat member i kesan yang baik serta mandatangkan perkara yang berfaedah kepada diri kita. Jangan biarkan laman sosial mempengaruhi hidup kita sehinggakan kita lupa akan tanggungjawab yang lain. Gunalah ia secara berkhemah dan membawa kita kea rah kebaikan.

No comments:

Post a Comment