Wednesday, September 25, 2013

Kesan laman sosial
      
        


       Hari demi hari, bulan demi bulan , tahun demi tahun teknologi kian berkembang dengan pelbagai laman sosial. Contohnya facebook, twitter, blog dan sebagainya. Sudah acapkali kita mendengar perkataan facebook ini terutama di kalangan para remaja di luar sana. Malah jaringan laman sosial ini sememangnya sudah bertakhta di mata masyarakat selari dengan peredaran zaman bukan sahaja untuk remaja tapi semua 
peringkat umur.
    Kebanyakan orang di luar sana menggunakan laman sosial untuk menghilangkan rasa bosan dan kekosongan waktu mereka. Aplikasi yang terdapat dalam laman sosial menarik perhatian mereka yang menggunakannya.
       Terdapat kesan baik dan buruk laman sosial ini. Pertama sekali, kesan buruk kepada remaja. Mereka lebih tertedah kepada penipuan terutama di kalangan remaja perempuan. Perkara sebegini terjadi disebabkan perempuan mudah termakan pujuk rayu seorang lelaki melalui mesej. Contohnya lelaki tersebut membuat temu janji  dengan mengajak remaja perempuan itu keluar bersamanya. Daripada situ terdapat banyak kes-kes penipuan yang berlaku sekarang.
        Selain itu, laman sosial boleh melalaikan seseorang itu. Terdapat banyak perniagaan melalui laman sosial dengan hanya menggunakan hujung jari segala benda yang kita perlu akan sampai ke rumah tanpa kita pergi ke pusat beli belah. Setiap hari ada sahaja fesyen-fesyen yang terbaru dan membuat seseorang menjadi lalai.
        Selain keburukan terdapat kebaikan juga dalam menggunakan laman sosial ini. Melalui laman sosial kita dapat beriteraksi dengan keluarga walaupun berjauhan. Malah apabila berlainan negara juga kita dapat berhubung dengan hanya menggunakan hujung jari. Tambahan pula, ia dapat menjimatkan kos kerana jika berlainan negara kos untuk menelefon adalah tinggi.
       Kesimpulannya, kesan terhadap penggunaan laman sosial ada baik dan buruknya. Ia terletak pada individu masing-masing bagaimana untuk menggunakannya. Sama ada ke arah kebaikan atau keburukan. Sekiranya tujuan untuk keburukan maka buruklah kesannya, jika baik maka baiklah kesannya.     




No comments:

Post a Comment