Friday, September 20, 2013


Bagaimana laman social mempengaruhi hidup kita….

Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti “Facebook”, “My Space”, “Frienster”, “Twitter” dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di negara ini terutamanya golongan remaja. Laman sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini. Remaja kini telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka.


Pengunaan internet sebagai  alat komunikasi kini paling membimbangkan kerana ia menyebabkan keasyikan terhadap dunia tanpa sempadan. Paling ketara ialah pengaruh laman social seperti Facebook dan Twitter yang meninggalkan impak yang besar terhadap pengunaan ruang dan masa dalam menghadapi dunia realiti. Interaksi secara maya ini bagaikan kuasa magnet yang semakin hari semakin kuat cengkamannya.

Laman social umpama nadi bagi sesetengah orang, tidak sempurna seseorang tanpa melayari internet dan menggapai laman-laman sesawang seperti Twitter,Facebook,My Space,YM dan lain-lain. Interaksi sosial begini sudah menular hingga ke gedung-gedung ilmu seperti pusat sumber dan pusat-pusat pengajian. Kalau kita rajin berkunjung ke pusat sumber awam, didapati sebahagian besar penggunanya sibuk melayari laman sosial. Maknanya kehidupan sebahagian besar pelajar banyak dipengaruhi oleh laman-laman sosial tersebut.

Anak-anak remaja sanggup berjaga sepanjang malam kerana leka berchating dengan rakan-rakan di FB masing-masing. Keasyikan melayari laman sosial ini sudah menjadi stigma yang sukar dibendung. Penggunaan laman sosial menyebabkan golongan remaja menjadi lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. 

Namun disebalik pengaruh buruk laman sosial ini, ianya juga mampu memberi  beberapa kebaikan. Penggunaan laman sosial dapat menambah kenalan yang baru di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula. Apabila seseorang itu telah menamatkan sesuatu pengajian di sekolah menyebabkan mereka telah terputus hubungan antara satu sama lain. Laman sosial ini digunakan sebagai suatu medium utama       untuk mencari kenalan lama yang telah terputus.

Laman social juga boleh digunakan sebagai  alat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. Tidak dapat dinafikan laman sosial banyak membantu dalam penyebaran maklumat di mana ianya berlaku apabila sesuatu maklumat itu dikongsi dengan rakan-rakan yang lain. Malah, bagi mereka yang bijak, ia  dapat membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman sesawang sosial seperti Facebook dan Twitter. Mereka juga dapat menjadikan laman sesawang sosial tersebut sebagai alternatif untuk menambahkan pendapatan bulanan mereka.

Kesimpulannya, laman social ini mempunyai impak negatif dan positif terhadap pengunanya.  Maka pengunaan yang secara bijak mampu memberi kebaikan kepada pengunanya dan jika sebaliknya,ia mampu merosakan pegunanya. Oleh itu,Ibu bapa atau penjaga sepatutnya  memantau dan tidak memberi kebebasan sepenuhnya kepada anak mereka ketika melayari Internet. 

No comments:

Post a Comment