Friday, July 12, 2013

Apa Ertinya Menjadi Seorang Pelajar?

Assalamualaikum..

Sebagai seorang pelajar, kita seringkali di belenggu dengan suatu perasaan iaitu "stress". Ungkapan itu tidak dapat di pisahkan dari kehidupan seorang pelajar. Kadang kala saya juga mengalami masalah yang sama. Tertekan dengan kerja-kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah. Tetapi ini lah yang di panggil kehidupan sebagai seorang pelajar. sudah tentunya kita perlu bersiap sedia dari segi mental terutamanya agar dapat menjalani sebagai kehidupan sebagai pelajar dengan sempurna.

Menjadi seorang pelajar bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan. Saya juga sebagai seorang pelajar yang sekarang ini sudah pun berada di semester lima mengakui banyak perkara susah dan senang telah saya lalui. Bila di kenang kembali, saya tidak pernah menyangka hanya beberapa bulan saja lagi saya dapat menamatkan diploma.

Disini saya ingin menyatakan saya bukanlah pelajarnya pandai. Tetapi saya berazam untuk menjadi seorang pelajar yang baik walaupun bukan dimata orang lain, cukup lah sekadar saya tahu yang saya akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Kerap kali orang mengatakan "Saya tidak mampu melakukannya". tetapi di luar sana pasti ada insan yang sentiasa berusaha gigih untuk belajar dan sentisa bersedia menyahut cabaran agar dapat mengubah masa depan mereka. saya percaya kata-kata itu hanyalah berpandukan minda semata-mata.

Oleh itu, saya percaya sebagai seorang pelajar kita perlu menanamkan sikap menerima sesuatu cabaran dengan terbuka dan tidak melepaskan peluang yang kita ada ini untuk belajar bersunguh-sungguh serta sentiasa melakukan yang terbaik dalam menghadapi cabaran baru dengan penuh komitmen.

Seperti kata pepatah, « anda akan memiliki apa sahaja yang anda hajatkan jika akan lepaskan kepercayaan diri kononnya anda tidak berhak dengannya. » – Dr. Robert Anthony


Pesanan kepada diri saya sendiri, kejayaan itu tidak mustahil untuk digapai. Semua orang boleh berjaya dengan berusaha, berdoa dan tawakal kepada Allah S.W.T. 





No comments:

Post a Comment