Assalamualaikum ..
Erti menjadi seorang pelajar. Adakah perkataan itu pernah
bermain di minda kita yang bergelar pelajar? Sejujurnya erti dan tujuan saya
belajar adalah untuk mejadi seorang yang berjaya, mempunyai masa depan yang
cerah, kerjaya yang bagus dan yang paling penting untuk membantu keluarga.
Pertama sekali,perkataan pelajar itu sendiri tidak
semestinya merujuk kepada pelajar yang sedang belajar di IPTA,IPTS,sekolah
menengah,sekolah rendah dan tadika. Bila kita belajar sesuatu daripada
seseorang itu telah membawa erti kita adalah seorang pelajar. Perkara utama
apabila kita menjadi pelajar adalah ilmu yang kita pelajari. Ilmu yang
diperoleh tidak perlu disimpan atau dipendam untuk diri sendiri. Tidak salah
berkongsi ilmu dengan kawan-kawan dan masyarakat sekeliling. Seorang pelajar
perlu menyumbangkan sesuatu walaupun sedikit tapi bermakna kepada orang lain.
Terutama saya sebagai mahasiswa di IPTA. Contohnya, kita sebagai pelajar
mengikuti program ke perkampungan orang asli. Mereka kekurangan ilmu,miskin dan
hanya segelintir yang dapat menjejakkan kaki ke peringkat yang lebih tinggi.
Kita sebagai mahasiswa dan mempunyai ilmu yang lebih tinggi perlu membuka minda
mereka untuk menjadi seorang pelajar dan berjaya kelak.
Kesimpulannya, sebagai seorang pelajar janganlah jemu
untuk menimba ilmu kerana ilmu tersebut bukan hanya untuk diri kita sendiri
tapi boleh disumbangkan dan dikongsi kepada orang lain juga.
No comments:
Post a Comment